Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]




PERNAH PERGI WONDERFOOD MUSEUM PENANG?
.
Muzium Wonderfood Pulau Pinang ( GPS: 5,41632 , 100,34117 ) adalah sebuah muzium khusus untuk pameran warisan makanan malaysia. Ia ditempatkan di 49 Beach Street, sebuah bangunan Art Deco dari tahun 1940-an yang diapit di antara Ban Hin Lee Bank Building dan Balm Building Tiger. Bangunan ini dahulunya diduduki oleh salah satu daripada kampus Wawasan Open Universiti.

Replika makanan-makanan disini pulak seakan akan real dan nampak 'hidup' ( tengok la gambar kalau tak percaya!) Harga tiket untuk masuk cuma RM15 seorang. Staff-staff disitu pun peramah, dan boleh minta tolong staff disitu untuk amik gambar kita.

Lagi yang menarik di muzium ini, terdapat pelbagai replika makanan dalam SAIZ YANG BESAR. Di dinding penuh dengan replika makanan2. ada banyak meja makan dengan tema-tema berlainan. Ada makanan yang berwarna hitam dan putih sahaja. Dan macam-macam lagii..

Wonderfood beralamat di 49, Lebuh Pantai, 10300 Penang, Malaysia bersebelahan dengan CIMB jeti. Dibuka pada 9 pagi sehingga 6 petang 7 hari seminggu  untuk pertanyaan info lanjut boleh hubungi no 04-2519095/ 012-2251968.

Kalau anda suka pada makanan, anda perlu datang ke sini! 










No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]